Sunday, 23 June 2013

Reminder for Me and You.

Assalamualaikum :)
Kaifa halukum? keke. Dah lama tak bertegur sapa dalam neh. Aku terpaksa menghilangkan diri dari sini. Ada sebabsebabnya. Salah satunya malas menaip. Haha. Xpolah. Let bygone be bygone. Yang lalu biarlah berlalu :P

Reminder - Peringatan - Tazkirah. Dan apa apa lagi perkataan yang sewaktu dengannya. Aku bukanlah baik nak bagi tazkirah, banyak sgt dosa dalam diri neh. Tapi biarlah aku ada jawapan bila Allah tanya aku kat akhirat nanti, apa yang aku dah buat untuk Islam, walaupun aku tau apa yang aku buat ni sangatlah kecik. Dannnnn, kalau ada salah tolong betulkan :)

Sebelum aku teruskan, ingin aku sebutkan kalam Allah dalam Al-Quran :

"Dan beristighfarlah kamu kepada Allah ( dengan memohon ampun ), sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Baqarah : 199)

Istighfar. Istighfar yang selalu kita dengar atau sebut, ASTAGHFIRULLAHALAZIM. Sebenarnya banyak kelebihan di sebalik istighfar. Rasanya macam pernah share kat status fb 2 tahun sebelum neh. Haha. Tapi ni pon namanya tazkirah. Kita saling mengingati. Peringatan untuk diri ni jugak. Semoga semua dapat ambil manfaat. Tersasar pulak. Haih. Okay, kelebihan-kelebihan tuh, sebenarnya daripada hadis.

“Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya”. (Riwayat Al-Imam Abi Daud)

Dalam hadis ni, jelas Allah berikan rahmat-Nya pd orang yang selalu beristighfar. Pernah juga kita dengar, "Kalau malas nak bertaubat, rajin-rajinlah istighfar." Mungkin ada sesetengah orang yang tak setuju dengan kata-kata neh, tapi aku rasa ada baiknya. Daripada hati terus lalai dengan maksiat, lupa pada Allah, baik sebut istighfar. Aku memohon ampun pada Allah yang Maha Besar. Harapnya, bila dia beristighfar, hatinya akan jadi lembut, mudah terima nasihat dan mungkin akan diberi hidayah daripada Allah. Insya-Allah.  

Ingin jugak aku selitkan cerita yang menarik dan penuh ibrah, yang aku dengar dari kapten sentra sendiri. Hehe. Sekali lagi, maaf andai salah. 

Pada suatu malam, ada seorang lelaki yang berasa letih dan dia nak tidur dalam sebuah masjid. Tapi penjaga masjid tu halang lelaki tersebut daripada tidur di situ. Lepas dimintanya berkali-kali untuk tidur dalam masjid/sekitar masjid tu, penjaga masjid tetap tak izinkan. Kebetulan, pada masa yang sama, ada seorang pemuda yang lalu di situ. Lalu, diajaknya lelaki tadi untuk bermalam di rumahnya. Dalam perjalanan ke rumah pemuda itu, lelaki tadi mendengar zikir istighfar dari mulut si pemuda tadi. Dalam setiap perbuatannya pasti disebutkan istighfar. Lelaki itu lalu bertanya pada pemuda tersebut, kenapa engkau selalu sebutkan zikir itu? Kemudian pemuda tadi menjawab, semua permintaanku sudah dikabulkan oleh Allah, kecuali satu shj. Lelaki itu bertanya lg, apakah doa yang belum dikabulkan itu? Jawab pemuda itu, aku ingin berjumpa dengan Imam Ahmad bin Hanbal. Kemudian lelaki tersebut berkata, akulah Imam Ahmad bin Hanbal. Demi Allah, aku telah diseret untuk menuju kepadamu. 

Berkat istighfar dari hati yang ikhlas, Allah makbulkan doa pemuda itu untuk berjumpa dengan Imam Ahmad bin Hanbal. MasyaAllah. Jadi, waktu beristighfar, cuba dalami maksud istighfar dan hayati. Bukan sekadar dilafazkan saja. Wallahua'lam. Sama-sama kita doakan kita akan jadi lebih baik dari semalam, supaya tidak tergolong dalam kalangan orang yang rugi. Nauzubillah. 

P/S: Kak pikah, sory kalau skema gila. hahaha. 

Sunday, 6 January 2013

Out Of The Blueeee.

Assalamualaikum.
hmm. Time start tulis selalu stuck :3

aaa. mm. cmna nak gtau tatauuu. ainaa mardhiah binti zaharuddin dah mintak tukaq kos. Hahaha. memang lemah kalau buat2 ayat neh. okay, jum serius. Aku tukaq kos dari asasi farmasi ke asasi b.arab. Mesti ramai yg tanya sebab apa tetiba nak tukaq kos kan. Aku pon xtau nak bagitau sebab apa. tapi macam semua orang tau, ambek bahasa arab mestilah nak faham Al-Quran. Tapi xsemestinya faham semua kan. Pastu ada orang2 lain ckp, kalau ambek farmasi, ilmu tu guna untuk kerja jaa. tapi kalau b.arab, buleh sambung macam2. aku yang otak xmatang sgt neh memang selalu termakan kata2 manis tuh. haha. dulu farmasi instead of doctor. skrg b.arab pulak. Start jadi semua neh bila sembang2 dgn umi. Umi cakap kalau ambek b.arab dari dulu kan bagus. Dalam hati neh, dari hujung2, ada jugak lah rasa nak tukaq b.arab. Pastu aku cakap buleh jaa kalau nak tukaq. *eee. memang xreti kalau nak cerita2 neh :3

Esok tuh, ayah aku terus kol UIA. tanya buleh tukaq ka dak, subjek apa kena ambek. Blablabla. Pastuh dia suruh pi UIA sebelum jumaat*minggu lepas* , kena isi semua borang2. Rasa macam mengarut jaa sebab makayah aku kerja, pastu dah laa jauhh. Tapi depa nak jugakkk :') makayah aku dah sungguh2, jadi, aq pon xleh main2. wuwu.

Pagi2 subuh Khamis ritu start bertolak. sampai UIA dlm pukul 12 lebih. Staff kat department aku tuh pulak mesyorat. *perlu ka aku cita semua neh? hahaha -.- | pestu, sementara tunggu depa habis mesyorat, aku pi melawat rumet2 duluu. Nuna dengan tikah ja ada. Mcm awkward cket dgn nuna, entah kenapa, sory nuna :3  pukul 2 staff2 tuh dah ada dlm pejabat. Dia suh isi borang2, pestu pi jumpa Head Of Department B.Arab dgn farmasi.

Kat Department B.Arab:

Aku xtau orang yang ckp dgn aku neh ustazah atau kerani.
Unknown: Kamu kna inteviu dulu. No guarantee you'll be chosen.
Aku: err. okayy. *memang cuak nak mam. kna inteviu dalam b.arab. makcik ni pon bukan nak tolong tambah semangat. heishh -.-'
Bila orang yang nak inteviu aku tu sampai, terus dia panggil masuk bilik.

Ustazah: Ismuki?
seriuss blank. hahaha. ismuki pon xigt time tuh :3 naseb ada nama kat kertas tuh. aiyaaaa.
pestu dia banyak cakap arab dari bm. ustazah, dah lama saya tggl b.arab. lebih stahun dah. hati pon dah byk dikotori maksiat. byk vocab yg lupa. *tapi xcakap pon lah kat setazah neh. huahua. | pestu suruh aku ckp cket dlm b.arab. berapa ayat jaa aku mampu buat. ceq memang xmampu. Uhuk uhuk.

Kat Department Biology:

time neh kena jumpa HOD Biology. Dia ajak lagi sorang. Alhamdulillah lagi sorang tu baek cket. haha. HOD tu banyak kali tanya sebab apa nak tukaq. pastu duk pertikai *rasanya air mata mula bertakung ckett. ckett ja lahh. haha :3 | dia cakap banyak orang merayu, nanges2, ada yg gaduh2 nak mintak masuk deparment bio neh( medic, dentistry, pharmacy). dasyiatt. pestu cakap aku senang2 jaa nak mintak tukaq.

HOD: okay, skrg berapa persen minat kamu dalam farmasi dgn ba?
aku: ba-70%, farmasi-30%. *neh tipu semata-mata. haha. sbnrnya 50-50. i've to say so. hmm.
HOD: wuishh. dah jauh tuh. hmm. we cant say no since u've decided this.
 phewwwwww! alhamdulillah.

Baba drive pi balek UIA hari yang sama. Really amaze me :) Umi byk habeh duet, baba byk habeh tenaga. Jadi aku harap permohonan aku diterima. Sesapa jaa yang baca neh, doakan aku. Hanya Allah mampu balas jasa baik teww :')

Photo

sentap gilaaa gilaaaa baca neh. ottokeyyy :(