Thursday, 13 September 2012

Cerita Yang Tak Berapa Lawak :p

Assalamualaikum :D
tetiba rasa nak tayip tayip malam neh. Huahua.

Dear peeps, do u miss me? NO? Sokayy. I'm fine. So far. Alhamdulillah. Heh. Saja bagitau. Bawah neh cita ngarut jaa. Jangan baca kalau rasa lepas baca nak ngutuk2 ambo sebab mcm budak2 cket entry neh :3

Tadi aku dengan roomate @ rumet, Tikah try nyanyi lagu budak2. Mula mula lagu Bangau Oh Bangau. Habeh lupa lirik dowhhh (sini ramai org ckp doh doh. aku tulis jaa XD )

Tikah: Cer nyanyi lagu bangau oh bangau. (tikah ore klate)
Ainaa: Bangau oh bangau, knp engkau bongkok?
Tikah: Bukan saket ke?
Ainaa: Kurus kot.

lirik asal diubah dari:
-kurus ----> bongkok & sakit
-nasi mentah ----> nasik basi

Tikah: Budak budak taska pandai laa nyanyi lagu2 neh. Ada lagu cicak. " Cicak di dinding bla bla" (Aku tak igt lirik. igt cicak jaa)
Ainaa: Anak sedara CICAH ka ajaq lagu neh?
Tikah & Ainaa: Kahkahkahkah.

Memang terburai air mata aku waktu neh. Susah nak jadi normal balek kalau gelak tak hengat dunia. Ish ish. Orang lain msti kata ntahapahapa kan. huahua. Sapa suh baca. Orang dah bg warning awal2 lagi. Heww.

Nak nengok dok gambo tikah? :P


Alang alang da letak gmbq tikah, letak jugak lahh gambaq kwn lain :p Bilik ambo ado 4 ore. Ambo, Nuna, Tikah, Noin ( sebutan no-in. bukan mcm toin toin)

Nuna dengan Tikah. 2-2 kelantan.



Lepas shoping kat TS ( times square, bkn the store. kehkeh)
Dengan noin. Cardigan tu test test jeww.
Noin teruja tgk cardigan comel2 tuh. Haha.
That's all :)

Wednesday, 22 August 2012

Thursday, 29 March 2012

Allah itu Maha Adil.

Assalamualaikum :)
Dah berabad lamanya sang puteri tak hapedate blognya. Menyebabkan dayang-dayangnya tertanya- tanya. Rindu letteww. kihkih. Banyak benda dah jadi sebenarnya, sebabkan aku tak boleh online dan buat benda-benda yang sewaktu dengannya. Malas tu termasuklah. Hoho. Dan aku nak tulis pasal benda benda yang jadi tu saja dalam entry neh. Tak tau nak teruskan macam mana  :3

Okay. Jumaat dua minggu lepas, hari yang sama, dua benda buatkan aku trauma. Siangnya pukul 6 lebih ala ala senja, aku keluar drive sorang sorang nak beli makanan kat kedai runcit yang as stone throw away dari rumah aku. Dekat pon nak drive. Tu lah padahnya. Bila sampai kedai, makanan yang diidamkan tak ada. Bila drive nak balek, ada jalan jauh saja. Jadi aku u-turn ja nak bagi dekat. Bila orang yang baru dapat lesen tak sampai sebulan buat u-turn tengah jalan, kereta tak lepas pulak. Ahhhhh. Rasa nak nangeh, tapi tak ada masa nak nangeh. Bila nak reverse, enjin pulak mati. Kereta moto yang nak lalu terpaksa berhenti. Semua tengok. Gulp and gasp. Pakcik kat kedai pon tengok. Lepas kereta boleh u-turn, aku drive sambil kerenyih. Malu bagai berada di kayangan. Syukur banyak banyak sebab tak ada mat rempit laju gilaa lori bas treler backhoe dan apa apa saja yang bahaya :') ALHAMDULILLAH.

Guna kereta kecik ni jeww. Tapi tak lepas jugak -..-
                                   
Malam tu dalam pukul 11 lebih ala ala midnight, umi dapat call dari paksu cakap tokwan aku tak sedarkan diri. Aku ikut jugak pi hospital nak tengok tokwan. Lepas 20 minit sampai, tetiba ayah aku bagitau ' Tokwan dah takdak..' Aku cuma menggigil. Air mata tak boleh keluar. Ni pertama kali dalam hidup selama 18 tahun aku rasa kematian orang terdekat. Wan sayang cucu cucu lebih dari sayang anak. I guess. Hihi. Wan selalu suruh aku tinggal kat kampung  ja lepas SPM. Wan suka tanya pasal lesen kereta. Wan jugak suruh aku bawak kereta 100 km/h *Ni paling best. Wan sangat caring lahh! Banyak orang kampung nangeh masa datang kunjung tokwan. Of course tok lah orang paling sedih. Walaupon selalu gaduh, cakap ganas, tapi tok sayangg jugakk. Tok cakap sunyi. Since I'm the onlyyyy one yang tak ada kerja asyik berfb, tengok tv, jadi aku lah yang teman tok. Every morning I can hear she cries. I coax her once, but then I think she needs time :') Jadi aku buat-buat tidur jaa. Patut ka tak? Hmm. Semua rindu wann. Al-Fatihah untuk arwah tokwan. Aku fikir fikir balik kalau aku meninggal jugak siang tuh........ Wallahua'lam :')

Those circumstances made me become even more patient and tawakkal for SPM resultt. Result SPM keluar 5 hari lepas tuh. Aku memang dah bersedia untuk terima apa saja result aku. Mungkin tu sebab aku tak ketar sangat. Kalau tak, mesti debar tiba tiba, muntah dan sewaktu dengannya. Test JPJ lagi takut tau dak. HAHA. Kalau nak menangis air mata apa sekalipun, result tuh tak kan berubah. Aku fikir kalau aku dapat result yang teruk dalam SPM, aku akan dapat tiga ujian berturut-turut. TAPI ALLAH ITU MAHA ADIL. MAHA MENGETAHUI. Alhamdulillah. Result aku cukup untuk membahagiakan keluarga, cikgu cikgu, walaupun banyak cikgu tak kenal. Aku memang tak aktif. Pasif jaa. Kehkeh. Terima kasih umi baba abang semua family yang doa, cikgu cikgu yang ajar, kawan-kawan yang tolong, senior-senior yang caring kahkah*macam lah semua boleh baca -.- Aku nak teruskan dalam farmasi. Walaupun banyak orang cakap farmasi tak menguntungkan, susah, tapi ianya tak memenatkan. Aku boleh pokes dekat family nanti. Kita haruslah berfikiran jauhh. Wakakakaka :3
Macam uncle baju merah tuuu.
                                     
 Masa form 2 dulu, cikgu Isma penah tanya cita-cita semua orang. Bila sampai turn aku, aku cakap Ahli Farmasi. Lepas tu, cikgu cakap, ahli farmasi ni untuk orang yang tak mampu nak sambung medic. Lebih kurang macam tu lah. Haha. Tapi tak kisahlah orang nak fikir apa pon. Doakan aku jadi ahli farmasi. boleh buka kedai sendiri. nanti buleh lepak lepak kat situ. Kehkeh. Kalau tak jadi pharmacist, kena fikir lain nak jadi apa ._. Gambarnya kureng. ade siket saje. E tu baca macam e tempe. Faham tak?

P/s: sory kalau ayat ayat kat atas skema. Hoho.






Wednesday, 7 March 2012

May Allah With You :)

Assalamualaikum :)
Esok dah (hari ni) 7 Mac 2012. Result STPM keluarrr. Aku yang tak ambek STPM pon takut, orang yang ambek mesti lah lagi cuak macam kucin neves tengah jalan hilang anak XD Macam macam perangai orang bila neves. Ada yang pening, ada yang nak muntah (aku jugak), ada yang buat bodoh, ada yang buat buat lupa (Buat bodoh dengan buat buat lupa sama ja kan, saja nak bagi panjang)  Result SPM pon tak lama dah nak keluar. 16 hari lg :') Bila ingat, memang tak lalu makan. Kan bagus kalau ingat selalu time nak makan. Hmm. Tapi buleh tawakkal dan doa ja sekarang. Tak boleh menyesal blabla. Aku menyesal jugak sebenarnya. Tapi tak boleh! Sabar ainaa -.-'

Untuk kakak kakak yang ambek STPM kat SMKAP, good luck. Insya-Allah boleh. Semua dah buat yang terbaik :) Aku sure takdak sapa sapa pon main main waktu jawab. HAHA. Untuk anak bongsu Makcik Salmah dengan Pakcik Najib, pi sekolah elok elok esok. Kami tau mpa tak baca sangat blog neh. Haha :P Jangan neves sangat. *Aku pon neves sebenarnya. Hmm. Untuk kawan baiknya jugak, Athirah Petani Pintar :D GOOD LUCK! BITTAUFIQ WANNAJAH! INSYA-ALLAH :)) *doakan kat adek adek SPM 2011 pulak nanti +_+

Yaa. Biarkan kasut kasut tu berbicara XD


vampire serapah harimau kucing. 
Setakat ni ja yang aku mampu tekan keyboard malam neh. Assalamualaikum peeps! err. readers. mm. kawan lahh!

Thursday, 1 March 2012

Aiskrim Goreng!

Assalamualaikum :)
Pernah dengar pasal aiskrim goreng tak? Tak kisah lah pernah dengar ka tak. Sebab memang nak bagitau neh. Hihi. Aiskrim goreng - aiskrim yang digoreng waktu ais tu duduk dalam roti! *ayat budakbudak  Kalau tanya sedap ka tak, memang lah aku cakap sedapppp. Sebab aku nak semua orang try XD Dah dua hari aku breakfast makan aiskrim goreng neh. Baru dua hari, buat teruk jaa. Hewhew. Kelmarin makan aiskrim coklat punya, hari ni vanila. Nyummeh vanilla! Go Go!

Kalau yang teringin nak buat, tengok step step kat bawah. Kalau yang takmau buat, tengok lah jugak. Dont be so mean to me :P

1. Ambil dua keping roti.
2. Letak aiskrim (perisa apa pon boleyyyyyy) kat tengah tengah roti. Satu roti saja. Jangan overload. Tahu lah aiskrim tu sedap. Janan tomakk. Macam aku. Kan sygg? XD Kalau lebih, nanti ais tu keluar masa tengah goreng. Meletup letup minyak. Pandai pandai lah jaga diri sendiri ;)
3. Lepas tu ambil roti lagi satu tutup ais tu. Tekan tekan keliling roti yang ada aiskrim.
4. Ambil cawan, tenyeh tenyeh dekat roti tu. Haa. Letak aiskrim tu ikut mulut cawan lah. Senang.
Food is a kind of art. HAHA
Dah siap! Lepas tu jangan goreng terus. Simpan dalam plastik dulu, dan simpan dalam fridge lebih kurang satu malam. esok tu gorenglah. Baru boleh makan. hewhew. Nak tengok yang siap? Telepati bersamaa. Tadaaa!


Bajet bagus makan dengan pisau garpu. Tapi dah panas.
Guna ja lah kan. -.-'
Aku pernah tanya tok aku pasal aiskrim goreng neh.
Aku: Tok penah dengar dak pasal aiskrim goreng?
Tok: Hah? Pelik pelik hang ni kakak.

-.-''' Sebab tu tak tanya pernah makan ka tak. Sebab dengar pon tak pernah. Haha. Okay! Selamat mencuba resipi budak tadika neh! :D

Tuesday, 28 February 2012

When The Time Comes..

Assalamualaikum!
Cuak dak baca 'When the time comes' tuh ? Jangan fikir macam macam. Sebenarnya hari ni aku kena buat test JPJ. Tiap tiap kali ingat pasal test ni, memang debar debar jantung. Lagi mendebarkan dari nak ambek SPM. SERIUS.

Pagi tadi aku bangun dengan perasaan yang semua orang boleh bayang kan sendiri kot. Sarapan pon aku tak mampu nak ambil sebab terlalu takut. Jadi aku bawak sendiri bekal - roti gardenia sapu nutella dengan air kosong. Takut kalau kebulur sangat nanti boleh jugak cubit cubit roti tuh. Bila dah sampai kat tempat tuh, ambil kerusi duduk. Lepas tu dengar uncle simpang empat *taktau nama dia* jerit jerit " Calon calon simpang empat bawak mai lesen dengan I/C!" YA ALLAH! Aku terlupa bawak I/C. Terus call ayah aku kat abi padahal mak aku dekat dewan 2020 jaa. Biasalah, bila otak tak keruan apa pon boleh jadi. -.-' Tunggu punya tunggu, finally! Alhamdulillah. Thanks baba :') Dan aku kena sesi 2, jadi memang lambat lah. Tapi boleh la tengok orang orang lain dulu kan? Kurang takut sikit. Kihkih. Haa. Waktu ni lah aku cubit sikit roti coklat, suku jaa. Paksa jugak diri makan, takut pengsan waktu naik bukit.


Ujian Bahagian 2 [LITAR]
Dan orang orang sesi 2 pon dipanggil. Aku dapat turn ke-12 dari 18. Okay lah sikit dari orang first. Hewhew.  Serius ramai perempuan terkandas sebelum turn aku. Darah mula naik turun naik turun balik :3 Bila pakcik JPJ tu panggil naik bukit, I press the 'oil' pedal like there's no tomorrow. Haha. Ngarut semata-mata. Lepas tu, pakcik tu cakap jalann! Alhamdulillah :')

Lepas tu kena tunggu dalam 20 minit kot sebelum JPJ jalan raya datang pulak. Peramah peramah betul orang kat situ. Kurang lah sikit kenevesan neh XD

Ujian Bahagian 3 [JALAN RAYA]
"Number 12!" Ahh ahh. Takutnyaa :3 Aku dapat kereta Viva. Padahal waktu latihan guna Kancil jaa. Mula neves lagi -.- Kereta tu plastik kusyen pon tak buang lagi. Komfem gearnya kerass! Dan ahaa! Memang kerass! -..- Bawah ni aku nak tulis dialog dengan JPJ *tua la jugak* tu jaa.
---------------------------------------------------------------------------------------
JPJ : Okay, siap sedia nak pi Jalan B. *takut lagi takut. Jalan tu memang jalan killer. Apakan daya. Teruskan jaa.
---------------------------------------------------------------------------------------
JPJ: Kenapa slow kat trafik lite hijau? Terus saja lah. Salah apa yang cikgu cikgu ajar kena jalan slow bila lampu hijau. Tu pon kira kesalahan lampu isyarat. *Bukan salah saya lahhh.
---------------------------------------------------------------------------------------
JPJ: Haa, tu da masuk jalan orang lainn. *aku rasa macam dah gagal -.-

JPJ: Jangan bawak slow sangat. Kalau nak bawak laju bawak jaa. Hampa jangan duk jadi pembohong. * -..-
(kat kawasan skolah had laju 30km/j. Tu untuk orang yang tak tahu)
---------------------------------------------------------------------------------------
JPJ: Result keluaq bila?
Aku: Huh? Bulan 3.
JPJ: berapa haribulan?
Aku: 22/3. *konfiden gila jawab, padahal dalam kereta nak balik dengan mak aku, mak aku cakap result keluar 15/3. Naseb lah pakcik kena congg. HAHA.
JPJ: Hang sekolah mana?
Aku: Agama Perempuan Kangar.
JPJ: Hmm. sama dengan anak aku. Dia kat SMAP Labu. Lawanlah hampa dua. *Nak lawan pulak pakcik neh. Hang target berapa SPM?
Aku: 11.
JPJ: Hmm. baguihh. Sama dengan anak aku. Trial hang berapa?
Aku: 11.
JPJ. Mmmm. *anak dia pon 11 A lettewwww.
-----------------------------------------------------------------------
JPJ: Pak hang kerja apa?
Aku : Cikgu.
JPJ: Kat mana?
Aku: Padang Melangit.
JPJ: kat penjara baru ka? *aku taktauu XD
Aku: Taktauu. Kat area area abi kot.
JPJ: Hmm. Aku bukan tau sangat perlis nih. Baru 2 tahun duduk. *Aku mampu kerenyih jaa. HAHA.

Bila dah sampai, ada trafik lite dalam tuh.
JPJ: Jalan jaaa. Teruss. Terussssss.
Aku: Errrrr.
JPJ: Jalan jaa.
Aku pon jalan lahh. Tetiba..
JPJ: Haaa. Tu da langgar lampu isyarat.
Aku: Encik nehhhhh. -..-
JPJ tu senyum jaa. Hampehh. Rasa macam dah gagal waktu tuh.

JPJ: Takpaa. Balik nanti hang belajaq naik kereta pak hang pulakk. *macam mana dia tau pak aku ada kereta kecik satu? Hmm.
JPJ: Nahh. *ahhhhh. ALHAMDULILLAH :')
Aku: Terima Kasih!!!!!!! XD

Sebenarnya sebelum sebelum tu ada dia marah aku sebab silap. Tapi tak reti lah nak cerita. Hihi. Sekiann. Oh yaa! Terima kaseh kat siapa siapa yang wish goodluck kat aku. I LOVE YOUUU :) Perasan tak aku tak cakap banyak? Memang pon. Sebenarnya aku lagi suka pakcik tu cakap banyak dari duduk diam. Nak marah pon marahlah, asalkan jangan diam. Haha. Dannn, aku pakai baju gelap. Takmau bagi peluh peluh kelihatan dan menggelikan XD

Lepas tu, pi tengok netbol pulakk! Bestt walaupon dapat naib johan! bestttttttt jgk! sbb ada parasit :P HAHA

Thursday, 23 February 2012

Kanak Kanak Nakal.

Assalamualaikum :)
Sebenarnya setiap kali nak start entry baru pon aku tak tau nak start macam mana -.-' Tapi tu kira dah start lah kan. Jadi, sambung ja. Kihkih. Sabtu hari tuh aku pi rumah ayah sedara aku kat P.P. *Pulau Pinang lahh. Tinngal kat Malaysia ka Papua New Guinea? :P Anak anak dia kecik kecik lagi. Range dari 10 tahun sampai 5 bulan. Budak budak ni pandai berlakon posing cakap banyak. Salah satunyaa :

Anis (7 tahun)  :  Ehh. Lame kite tak jumpe.
Aqilah(5 tahun) : Ha'ah. Lame kan. Awak mengandung pulak ke?
Anis : Saye dah beranak dah. Tu anak saye. Tengah tidur.

Kahkah. Budak budak ni punya imaginasi :3 Taklah lawak sangat kan. -.-

anis, sofea, aqilah. 
Aku rasa macam terdesak nak update blog. Dan tak ada cerita yang best pon yg boleh di coret carik kat sini. Jadi, cerita pasal budak budak ni pon boleh lah :P

Sofea a.k.a Dedek yang suka perasan comel selalu suruh aku dukung. Kecik kecik nak dukung tak bagi. Dah besar suruh dukung pulak. Pelik budak budak -.-' Dah besar tu berat pon tambah. But, I love her moree. Pilih kasihnyaa. Tsk Tsk :3

Dedek : Mama, dedek nak bawak betal.
Mama: Okayy.
Dedek : Dedek nak matan denan tawan tawan.

Bila sampai sekolah,

Dedek : Mama, dedek satet pelut.
Mama : .....

pandai nak congg. -___________-
Muka aku memang besarrrr.


p/s: memang lah entry kali ni boring. sbb taktau nak tulis pasal apa. tp desperate nak tulis. and I love them! XD

Monday, 13 February 2012

No More Nightmare! *so far*

Assalamualaikum :)
Nenek nak cerita lagi neh. Siap popcorn, kerepek cepatt. Kalau tak ada, tak payah lah. Sebelum ni kan ada aku buat post pasal cikgu pakcik yang garang lagi sunyi kan. FYI, tiada lagi dia dalam hidup aku :') Bukanlah dia dah pergi, tapi aku tukar cikgu. Cikgu baru memang baik milion bilion trilion kali dari dia. Alhamdulillah. Hooray! :D Pukul 12 yang rembang panas yang bakar kulit aku td, aku ada latihan keleta dengan cikgu baluu. Comel kan bahasa budakbudak? XD Tak perlu kot buat dialog macam dulu. Sebab cikgu ni baik. HAHA. Tapi bila buat salah, memang dia eksepelin (explain) panjang. Takpalah, asalkan tak marah budak hingusan neh. Kereta berjalan lancar tiada masalah sangat bagus. Kihkih. Tapi mampus jugak sekali. Ganasnya mampus XD Orang belakang hon hon hon hon -..- Dah jelas jelas belakang kereta Kancil tu tulis "Awas. Pemandu sedang dilatih". Gagas mergas jugak nak tumbuk hon tuh. Silap tak buat buat tukar gear reverse. Grrr. Polis tak marah orang baru belajar silap tukar gear kan? Ngahaha. Trafik light pon banyak kali langgar. Bukanlah langgar tiang, langgar lampu. Tak bagitau pon tau kan? :P Cikgu cakap, kalau Ainaa buat test JPJ gagal banyak kali dah. +_+ Dia cakap sayang sekali, tapi waktu tengah berleter. Biasa lah orang tua tua, kalau nak berleter kan panggil sayang. HAHA. Kalau cikgu dulu, taktau lah dia nak panggil apa O.o

P/S: Banyak orang buat post pasal latihan kereta. Mungkin sebab semua teruja bawak keleta atas jalan laya kot. Kan Kan? Memang teruja pon. Lalala.

Monday, 30 January 2012

sanah helwah, ainjuu :)

assalamualaikum :)
NUR'AIN ZULAIKHA, HAPPY BIRTHDAY! bagi salam terus ja wish besday. Kahkah. She's actually one of my besties. Dialah satu-satunya kawan yang duduk sebelah aku tiga tahun berturut-turut. Berturut-turut tuhh! Pheww :')  Sejak sekolah rendah tak ada sebab selang 2 tahun pindah sekolah. Haha. Tapi memang dapat banyak kawan lah. Hewhew. Ain, even aku taktau hang nak pindah ke mana, harap kita boleh lepak2 sekali. Dengan kawan lain. *Tak pernah lepak sesama lagi. Caya dak? Percaya lahh :') Nanti jumpa tuntut hadiah tau. Kalau aku tak bagi, bawak kes neh ke mahkamah. XD

Hope this friendship will last long. Really hope that.
Happy birthday Ain Comel :)

dengan ain. hihi. omey kan?

Thursday, 26 January 2012

Husnu Zhon

Assalamualaikum :)
Back in my previous post, aku dah pernah sebut husnu zhon sekali. I bet many of you know what that means. *many?! sapa nak baca blog neh?! For those who dont know, husnu zhon means sangka baik. Islam sendiri yang suruh kita bersangka baik dengan orang. Tapi orang melayu memang susah nak bersangka baik. Hmm. Berubahlah orang melayu. Aku Islam, bukan Melayu. HAHA. -.-' Banyak benda yang disangka burukkan orang Melayu. Contoh, kalau orang kahwin dua, hidup aman bahagia, mesti ada orang cakap sihir lah, apa lah. *dalam banyakbanyak benda nak cakap, pilih kahwin jugak. lalala. Lepas cari kat Mr.Google, aku jumpa neh. Buleh lah amalkan kalau jumpa orang. Tak lah menambah dosa :)

Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang cerdik sungguh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia cerdik sungguh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk. 

Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga.InsyaALLAH.



Masya-Allah. Sampai macam tu sekali. SESUNGGUHNYA PERINGATAN NI UNTUK AKU JUGAK. 
Thanks to this link, tak tahu sapa penulisnya. Tapi, mesti dia dapat pahala. Sorry Encik/Puan/Cik. :')
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8527.0


p/s: I just dont wanna mess this blog with my things, what do I do, and so-what-not.

Saturday, 21 January 2012

M&M : Memasak & Masak

Assalamualaikum :)
Tadi aku try masak. Sebenarnya bukan masak pon. Tapi buat tu guna api, kira masak lah kan :3 aku masak ni!
better guna buat dari masak -.-' okay, tadi aku buat pancake. kalau nama tradisionalnya peknga. tapi nama peknga tak cool dan aku tak guna belanga pon buat tu. *takdak sapa kesah pon. excited nak tulis kat belog jugak sebab sebelum ni masak apa pon tak pernah jadi :') tapi pancake ni lagi sedap dari peknga tradisional sebab dia punya bahan dimodifiy. haha.

bahan yang sangat simple. HAHA butter pon guna. gula pon. garam pon.

tak comey seperti yang diuar-uarkan
tadaa :P
Kalau nak resipi yang budak 5 tahun pon buleh buat, boleh lah tekan sini. http://allrecipes.com/recipe/good-old-fashioned-pancakes/detail.aspx?src=ShareOnFacebook&recipeID=21014


Wednesday, 18 January 2012

Nightmare di siang hari

assalamualaikum :)
ku terasa nak cerita pasal tu, tapi takut. tapi cerita ja lah. pangg!
IT'S ALL ABOUT TODAYY..
hari ni kan ada amali kereta, jadi semua orang dapat jurulatihnya yang tersendiri. *mulamula dengar macam hebat gilahh. lepas ambik segala cop jari, semua orang kena tunggu jurulatih yang tersendiri panggil. lepas tu dengar pakcik tu panggil 'ainaa!' dan AKU TAK PERNAH JUMPA DIA KAT PERLIS. okay -.-'
lepas tu, ku dgn dia naik kereta viva yang tak comey langsung.

pakcik garang : gheti bawak dak kereta ni?
ku : buleh sikitsikit.
pakcik garang : kalau gheti, pakcik takmau ajaq dah nak masuk gear macam mana.
ku : buleh kott.
pakcik : mana buleh kott. hang reti ka dak neh? *hang?! sensitifnyaa. grrr.
ku : bulehbulehh.
pakcik : kalau buleh mai try bawak. *phewww

bila dah tukar tempat
pakcik: tu pon tak kena dah.
ku : errrrr. *heart thumping with no limits. dup dap! mentol mula menyala. haha haha.
      tempat duduk?
pakcik : haa. adjust.
ku : pheww.

okay, kalau nak tulis semua dialog tu satu page ni pon tak habeh kan. DAN, tetiba pakcik tu macam marah. cakap pon endah tak endah. hati yang cepat terkoyak neh sabar jaaaa. -.-' apa yang berpusing pusing dalam otak neh ''aku dah saketkan hati orang tua ni ka? '' tapi aku cakap boleh bawak tu sebab takmau buang masa dia, buang tenaga dia nak ajar segala bagai. bukan nak sombong. sepanjang naik kereta tu memang jelly tengok orang lain dapat pakcik yang mesra alam dan hensem hensem. urghhh. sabar. lepas berapa puluh minit bawak dengan tingkap terbuka hari sangat panas dan tangan akan gelap, pakcik tu suruh berhenti. ALHAMDULILLAH :')

pakcik : rehat satt.
ku : okayy :) *fuhhh

dari pukul 1 sampai pukul 3, pakcik tu telah menghilangkan diri! kesan tunggu pakcik yang lama perut kosong beralaskan koko kruch tanpa susu tak sembahyang lagi, mata mula hasilkan air. ahhh. anda gagas mergas, jangan nanges depan orang. tak machoo :') tapi bila air mata ni degil, i gotta take a walk untuk sedut balik air-air mata yang degil masuk ke dalam = =' pukul 3 lebihlebih, baru pakcik tu muncul. hmm.

aku : ada latihan lagi dak pakcik?
pakcik : dakk. meh i/c. nak pi cap jari.

dah habeh?! ALHAMDULILLAH :') ada hikmah di sebalik ujian. HAHA. semua orang kena naik dua kali. mungkin Allah nak uji tadi. husnu zhon, ainaa :)

p/s: sorry ayat sangat isuu. isuu adalah skema, skema adalah isu. gugu, pinjam :P

Monday, 16 January 2012

Takut!

assalamualaikum :)
rasa lawak update blog yang dibaca sorang2. tak brsedia nak bagi orang baca lagi, sapa sapa pon yang bergelar manusia yg aku sayangg. yangg, sorry :P btw, entry kali ni bukanlah nak cakap pasal tuhh.

it's about tomorrow! ada apa esok? esok ada amali untuk dapat lesen L. lesen keretaaa. serius excited! nak jenjalan dengan kawangg. femly selalu dahh :P memang takut nak buat benda benda macam neh. kalau ada kawan teman, okay jugak. :'(

nak bawak kereta comel nehh. baru tak takut. hee.

Saturday, 14 January 2012

Assalamualaikum :)

ehemehem. betul betul tak tau nak tulis apa. k, wassalam ^^